Pilihan Terkini

Widuri : Cinta Samar

“Cinta Samar” yang menampilkan pelakon utama Amar Asyraf sebagai ( Azli ) dan Syatilla Melvin ( Juliana ). Azli tidak tamat pengajian dalam jurusan perancang bandar kerana masalah kewangan. Dia mempunyai minat yang mendalam dengan kereta mewah. Dia sanggup untuk menjadi pemandu peribadi kepada seorang kontraktor, Hisham yang memiliki kereta mewah . Di sini bermula percaturan nasib hidup Azli. Saksikan kesinambungannya di myklik.rtm.gov.my | #RTMMobile.

Pilihan Terkini

Bicarawara Agama : Forum Perdana Ehwal Islam

Program Bicarawara Agama terbaik RTM yang membincangkan isu-isu terkini bersama panel jemputan terkenal. Ikuti kupasan perbincangan setiap minggu dalam Forum Perdana Ehwal Islam hanya di TV1.

Akan Datang

Percintaan terhalang antara Nancy Liew dan Badrul Hassan membuatkan mereka terpisah. Nancy ke Singapura manakala Badrul ke Kuala Lumpur. Masing-masing berkahwin dan mempunyai anak. Namun begitu, lagu ‘Tiada Kata Secantik Bahasa’ menjadi lagu kenangan mereka. Setelah 45 tahun terpisah, mereka bertemu semula secara tidak sengaja apabila kedua-dua anak mereka merupakan kenalan di universiti. Arahan Fahmi Sarindi, lakonan Fadzley Ali, Azam Pitt, Tan Mei Ling, Ruby Ooi, Dato’ Rahim Razali, Nazeera Sardi, Maryani Ismail, Musly Ramly serta Fadzlina Ahmad Daud. Saksikan pada hari Sabtu (25 Feb 2017), 9 malam di TV1.

Menarik di Myklik

Tribute P. Ramlee memaparkan telemovie hebat hasil sentuhan ramai pengarah hebat tanah air. Jangan ketinggalan tonton pelbagai pilihan telemovie hebat di myklik.rtm.gov.my | #RTMMobile dan di tribute.rtm.gov.my.
Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya. Pendukung watak utama Sara Ali dan Fizz Fairuz disamping Mardiana Alwi, Dynas Mokhtar, Syawal AF dan Mustafa Kamal bakal menemui penonton pada hari Khamis, 16 Feb 2017 pukul 3.05 petang di TV1.
Saksikan 2000 km ke Al-Haram di myklik.rtm.gov.my | #RTMMobile . Kehidupan Hadi yang diselubungi rasa benci terhadap bapa kandungnya . Dia jadi dendam dengan bapanya kerana ibunya sendiri yang meracuni fikiran Hadi. Sehingga Hadi dewasa , dengan takdir Allah Hadi ditemukan semula dengan bapa kandungnya . Bagaimana penerimaan Hadi ? Adakah masih ada dendam dalam jiwanya . Ikuti kesinambungan seterusnya .
Bagi mengenang jasa serta menghormati karya seni penyanyi tersohor Asia, Allahyarham Dato’ Sudirman Hj Arshad, Orkestra RTM mempersembahkan Konsert Sudirman Abadi di Hati. Menampilkan karya-karya hebat berdasarkan album-album yang pernah dihasilkan, didendangkan oleh penyanyi-penyanyi popular tanahair.
Drama bersiri Percayalah di myklik. Saksikan lakonan Raja Ema, Chew Kin Wah, Khir Rahman, Vanidah Imran, Amerul Affendi, Farhan, Zain Hamid , Nam Ron, Wan Sharmila, Aisyah Hasna, Farah Alya & Rosnah Johari.

Menarik di TV1